Followers

Friday, November 4, 2016

(RM 1500 All In) BAJET & ITINERARY SAPPORO JAPAN (4 HARI 3 MALAM)

(RM 1500) ITINERARY SAPPORO JAPAN (4 HARI 3 MALAM)

Sejak aku keluarkan Itinerary Osaka & Kyoto haritu ramai pulak request nak Itinerary Sapporo yang aku pergi haritu. Ramai orang Malaysia yang suka pergi Japan rupenya. Aku tengok feedback dia lain macam haha. Since winter pun dah merapatkan diri. Aku memang suggest sesiapa yang nak merasai heavy snow untuk pergi ke Sapporo Japan. Memang pilihan yang tepat . Tapi aku pergi tak lama. 4 hari je. Dengar macam sekejapkan. Tapi kenangan tu ingat sampai sekarang. Ini merupakan pengalaman pertama aku bersama salji. Excited die memang lain macam.

Cost :


· Tiket Air Asia : RM 500 Return

· Luggage 20kg + 20 Kg (Retun) = RM 178 / person

· In Flight Meal : RM 30 (Return)

· Wiyo Wifi : 5 Hari = RM 60/4 = RM 15 / Person

· Insurans AXA : RM 17 / Person

· Hotel : Hotel Relief Sapporo Susukino (Booking.com) RM 245 ( 4 hari 3 malam) 

· Foods (Brahim/Meggi & DLL ) for 4 days : RM 50 /Person

· Total Cost day 1 – 4 : Rm265 ( 7120 yen ) 100 yen = Rm 3.70 (Jan 2016)

· Lain/lain ( Air / Jajan / fast Food / sebinier diri sendiri ) : RM 200

TOTAL COST ALL IN: RM 1500 

Untuk trip winter aku memang kene ambik extra luggage sebab baju berat2 / tebal2 / dan nak melaram so mcm2 baju aku bawak hahaha. Kalau korang jenis satu jacket for whole vacation tak perlu la kot byk2. Boleh jimat disitu.

Aku juga bukan sejenis food hunter maka aku bawak makanan dari Malaysia yang senang untuk dimakan dan untuk mengelakkan buang masa mencari halal food or mati kelaparan hahaha. Panaskan Brahim siap2 masa nak keluar dan makan dimana2 bila rasa lapar. #Simple

Itinerary : 

Day 1 : Total Cost 1700 Yen

1. KL – Sapporo : 

11.30 malam – 0805 pagi ( disebabkan kami tak banya masa. Pemilihan masa untuk terbang adalah amat penting. Pergi Sapporo ada dua timing sahaja. Awal pagi atau petang. So kalau boleh korang ambil penerbangan pagi. Tdo dalam flight. Jimat masa dan jimat duit. Sampai boleh terus jalan .

* Thing to do in airport : (Beli Otaru Day Pas) 1700 Yen

kami plan untuk ke Otaru terus. Maka beli pas siap2. Lebih murah dan lebih berbaloi dengan pas ni. 


  • Validity :All JR Hokkaido trains between Sapporo and Otaru Station and all subway lines in Sapporo
  • Valid period :1 day 
(You will be asked to present your passport at the time of purchase. ) 
Entering Japan on "Temporary Visitor" entry status is the condition for purchasing the pass. 
  • Sapporo Station West Ticket Gate JR Information Desk 8:30 - 19:00
  • New Chitose Airport Station JR Information Desk 8:30 - 19:00
  • JR Travel Service Center (Twinkle Plaza) Sapporo Branch (JR Sapporo Station)10:00 - 19:30(sat,sun,and Hol-10:00 - 18:00)
  • JR Travel Service Center (Twinkle Plaza) South Exit Branch(Sapporo Stellar Place 1F)10:00 - 20:00

Sampai pukul 8.05 pagi. Beli Otaru pas . terus pergi Hotel Drop bag dan terus ke Otaru. 

2. Hotel Relief Sapporo Susukino : 

Ambik JR LINE ke Sapporo. Tukar Namboku Line ke SUSUKINO Train Station ( 8 minute Walk) atau NAKAJIMA KOEN Metro Station ( 6 minute Walk) 

3. Otaru :

Train : Nakajima-Koen – Sapporo Station - JR Sapporo Station – JR Otaru Station

Things to do : Banyak Aktiviti boleh buat. Ada yang free ada yang ade fee entry. Kami jalan2 je area situ. Melakukan semua aktiviti yang tidak menggunakan duit . tu pun tak cukup masa haha. Antara Aktiviti yang korang boleh buat :

Otaru City Tour

o Otaru Canal

o Al-noor Mosque, Otaru

o Sakaimachi Street

o Minami Otaru

o Otaru Music Box Museum / Otaru Olgal Doh

o Steam Clock

o Sewa basikal (if nak)

• Sapporo Station – Nakajima-Koen Station (balik rumah )


DAY 2 : Total Cost 2790 yen

1. SHIROI KOIBITO PARK (Kilang Coklat)

Train : Nakajima Koen – Odori - Miyanosawa Station + 10 minutes walk (290 + 290 Yen /return)

· Operation HOURS 9:00 to 18:00 (entry until 17:00) 

· FEES 600 yen (optional) Kalau korang nak masuk kilang tu kene la bayar. Tapi kalau nak lepak park die yang sangat ohsem tu. Free sahaja. #TepukPoket

2. Mount Moiwa (藻岩山, Moiwa-yama)

Direction : 

• Nakajima-Koen Station – (Nearest Streetcar Station) (Walk)

• Nearest Streetcar Station – Ropeway Iriguchi (streetcar) (170 yen)

• Mount Moiwa (1700 yen . Ropeway & MiniCablecar)

• Ropeway Iriguchi – Susukino Station (170 yen)

• Susukino Station – Nakajima-Koen Station (170 yen)

PS :

· From Susukino, take Sapporo's only streetcar line to "Ropeway Iriguchi" station (25 minutes, 170 yen, frequent departures). From there, a free shuttle bus operates to the lower ropeway station (5 minutes, departs every 20 minutes)

Ropeway

· HOURS 10:30 to 22:00 (from 11:00 from December to March) 

· Admission ends 30 minutes before closing

· CLOSED Occasional longer closures for maintenance.

· FEES 1700 yen (roundtrip for ropeway and mini cable car) 

· 1100 yen (roundtrip for ropeway only) 

· 600 yen (roundtrip for mini cable car only)

3. SUSUKINO

Jalan2 melihat kawasan SUSUKINO. Menarik betul waktu malam. Meriah. 


DAY 3 : Total Cost : 1360 Yen 

1. Okurayama Observatory :

Train : Nakajima koen – Odori – Maruyama Koen (250 yen)

+ Bus ( 210 yen) 

The ski jump can be reached by bus from the Tozai Subway Line's Maruyama Koen Station (5 minutes, 250 yen, frequent departures from Odori Station). Take bus line 14 to Okurayama Kyogijo Iriguchi bus stop (10 minutes, 210 yen, 2 buses per hour), from where the ski jump is a ten minute walk uphill. Tapi terasa jauh. Nasib sejuk so enjoy)

Okurayama Ski Jump Observatory

· HOURS 8:30 to 18:00 (April 29 to November 3)

· 9:00 to 17:00 (November 4 to April 28)

· CLOSED April 6 to 17

· Sapporo Winter Sports Museum

· HOURS 9:00 to 18:00 (May to October)

· 9:30 to 17:00 (November to April)

· CLOSED No closing days

· FEES 600 yen (museum) aku tak masuk

· 500 yen roundtrip chairlift ticket (aku naik)

2. Sapporo City Tour 

Train : maruyama Koen – Odori station ( 200 yen) 

Odori station – Nakajima Koen (200 yen) 

Sightseeing only. Tak da masuk mana2 yang kene fee. Hehehehehe. 

· o Odori Park

· o Sapporo TV Tower

· o Akarenga / Red Brick

· o Underground Shopping Mall (Aurora Town) / walkways

DAY 4 : Total cost :1270 Yen 

1. Airport ( New Chitose Airport) 

Train : Nakajima Koen – Sapporo subway (200 yen) - walk - Sapporo JR – New Chitos Airport ( 1070 Yen)

Bubye Sapporo .

























































Thursday, October 13, 2016

(RM 2165) BAJET KYOTO & OSAKA + UNIVERSAL STUDIO JAPAN (5 Hari)

 
 
(RM 2165) BAJET KYOTO & OSAKA + UNIVERSAL  STUDIO JAPAN (5 Hari) by Hang Dhamin
Ramai betul yang bertanya pasal bajet trip kali ni, So aku share sikit Pengalaman aku dan Perbelanjaan sepanjang 5 hari aku menjejakkan kaki ke Osaka & Kyoto kepada semua. Semoga bermanfaat dan menjadi inspirasi kepada kamu semua untuk Travel. Gitu ! haha. Kebiasaan trip aku takde la terlampau murah ( means semua bende nak paling murah) tapi takdelah trip Have – Have sangat. Trip biasanya aku rangka mengikut keselesaan semua partner trip aku termasuk keselesaan penginapan , pengangkutan dan bebanan yang dipikul. So mana yang korang rasa boleh cut bajet disitu dipersilakan terutamanya part luggage dan penginapan. Ni trip last minute so hotel agak mahal dan tak banyak pilihan.
Untuk pass sepanjang di Kansai. Aku tidak mengambil apa – apa pas. Pada mulanya aku nak ambil kansai Thru Pass for 2 days bernilai 4000 yen. Tapi selepas membuat perkiraan kami hanya memerlukan 2,560 yen sahaja untuk 2 hari yang penuh. Maka kami decide untuk membeli sahaja tiket secara Manual untuk kemana – mana. Mula2 memang pening sikit. Tapi lama2 ok la. Banyak choice pass yg ada. Study sikit la kot ada yang kene dengan trip yg korang rangka.
Detail Cost
Flight : RM 550 ( 0800 am – 1530 pm)
Luggage : RM 178 (15kg) pergi (15 kg) balik
In Flight Meal : RM 15 (balik sahaja)
Insurans AXA : RM 27 (5 Hari)
Wifi Wiyo (klia2) : RM 60/ 3 orang = RM 20 (5 hari)
Makanan for 5 days : RM 67 (Brahim,Meggi,Nestum,Paru & sambal kentang) perperson
Hotel Kyoto : Rm 234 ( 2 days) KAEDE GUESTHOUSE By Booking.com
Hotel Osaka : Rm 479 ( 2 Days) Hotel Sun White By Booking.com
Total perbelanjaan hari 1 – 5 : RM 595
Total : RM 2165
Itinerary & Train Cost :
DAY 1 : Total Cost : 1,230 Yen
Kansai Airport – Kyoto : 1,230 Yen
·         Kami tiba di Kansai Airport Jam 3.40 Petang waktu Jepun. Dari Kansai Airport kami ambil train terus ke Kyoto (Karasuma Station) dimana terletaknya Guesthouse kami. Kami mengambil train Nankai Line untuk kesana. Ni bukan direct train dan perlu tukar beberapa station. Ada direct Train tapi Mahal. Disebabkan kami tak Rushing dan perlu berjimat cermat. Kami pilih laluan ini.
·         Check in . Rest dan bincang Plan untuk esok .
Day 2 : Total Cost : 2,508 Yen
1.       Bamboo Forest Arashiyama :
·         Train 220 yen
·         Teksi 590 yen (dari train station ke Bamboo. Boleh naik bus) = 148 perperson
2.       Sagano Romantic Train :
·         Train (Romantic Train) – ke Umahori 620 yen
3.       Inari (Gerbang Oren)
·         Train dari Umahori – Inari : 410 Yen
4.       Kiyomizu Dera (Temple)
·         Tren Inari – Kiyomizu Gojo : 270 Yen
·         Fee Temple : 400 Yen
5.       Kyoto Tower ( luar sahaja)
·         Kiyomizu Dera – Kyoto Station by Bus (bus 100) : 230 Yen
·         Kyoto Station – Guest House : 210 yen
DAY 3 : Total Cost : 1060 Yen
1.       Kyoto to Osaka  : tren 640 Yen
·         Dr guest house kami direct ke Hotel kami di Osaka ( TanimachiYonchome) transfer train
2.       Osaka castle : Free. Jalan kaki.
·         Hotel yg kami pilih berdekatan dengan Osaka Castle. Lebih kurang 10 minute perjalanan. Kami smpi awal pukul 12 tgh. So drop beg dekat hotel dan pergi jalan ke Castle dulu. Tak masuk dlm Castle. Fee berlainan.
3.       Check In
4.       Hard Rock Café Osaka
·         Tren ke Hommachi : 180 yen
5.       Dotonburi :
·         Tren ke Namba : 180 Yen
·         Tren ke Tanimachiyonchome (BalikHotel) : 240 Yen
Day 4 : Total Cost : 8,720 yen
1.       Universal Studio Japan
·         Tren ke  UniversalCity : 400 Yen
·         Tiket USJ 7400 yen
2.       Hard Rock café USJ : di kawasan yang sama
3.       Umeda : Eyes on Osaka
·         Tren ke Umeda 180 yen
·         Fee entry 500 yen
·         Balik ke guest house : 240 Yen
Day 5 : total cost : 1160 Yen
1.       Osaka Castle : free. Shooting with yukata (luar sahaja)
2.       Check out jam 11 am
3.       Umeda : last shopping
·         Tren ke umeda 240 yen
4.       Airport Kansai  : fligh 440 pm
·         Dari umeda ke Aiport 920 Yen
Total (day 1 – 5) = 14,678 Yen = RM 595 (1000 yen = rm 40.50 )
·         Diatas tu kos wajib yang aku bayar sepanjang tempoh 5 hari disana . kos diatas tak termasuk souvinier yang aku beli dan air2 dan jajan2 yang aku beli sepanjang disana. Aku bawa rm 300 yang ditukar ke Yen untuk membeli brg2 yang aku nak dan makanan2 yang aku teringin nak makan kadang2. Sebab kami dah bwk makanan dari Malaysia so mmg dah ada makanan dalam bajet diatas. Tapi tak habis pakai pun. Ada lebih lagi ni ha. Pendek kata duit belanja sila tukar ikut kemampuan dan keperluan masing2. ENJOY JAPAN and Spread The LOVE. Semoga Bermafaat. XOXO Hang Dhamin.